BELAJAR MELUKIS DI RUMAH
PERHATIAN: PROGRAM INI SUDAH PUN BERMULA SEKARANG. SETAKAT INI SATU CD PEMBELAJARAN TELAH DITERBITKAN SILA BUKA HALAMAN PAKEJ UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
HADIAH ISTIMEWA: Peserta Pertama, ke-50, ke-100, ke-500 dan ke-1000 akan menerima semua CD/DVD kami secara percuma selepas pembelian mereka yang pertama. Peserta pertama yang menerima hadiah ini berasal dari Lubuk Antu, Sarawak. Anda masih berpeluang menjadi pemenang peserta ke-50, ke-100, ke-500 atau ke-1000. BELI SEKARANG!'BELAJAR MELUKIS DI RUMAH' ialah program bimbingan seni lukis realistik yang dianjur khusus untuk mereka yang berminat dalam bidang ini untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran. Ia sesuai untuk pelukis-pelukis yang ingin meningkat diri kepada tahap amatur atau profesional kerana input yang disediakan dalam program ini menepati piawai disiplin akademik sebagaimana yang terdapat di sekolah-sekolah seni lukis dibarat. Ia amat sesuai untuk mereka yang melukis sebagai hobi atau sepenuh masa.
PROGRAM BELAJAR MELUKIS MENGGUNA CD
Sejajar dengan perubahan masa program ini cuba mengikuti standard yang diamalkan di negara maju di mana modul dan bahan pembelajaran disediakan dalam bentuk cakera padat (CD). Pelajar cuma perlu membeli modul dalam bentuk CD dari kami dengan memilih pakej-pakej yang mereka minati. Terdapat berbagai pakej disediakan seperti cara melukis dengan cat minyak, cat air, pastel, pensil , panduan melukis langkah demi langkah (step-by-step) dan sebagainya. Walaupun terdapat setengah pakej tidak disediakan buat masa ini, pakej-pakej berkenaan akan disediakan dari masa ke semasa pada masa akan datang. Sila klik atau buka halaman Pakej untuk melihat pakej-pakej yang disediakan.
Setiap modul dalam CD yang berkaitan dipersembahkan dengan menggunakan teknik CD interaktif yang menarik dan tidak menjemukan. Pembelajaran dalam modul berkenaan disediakan dengan kemas dan mudah difahami. Pelajar bebas untuk memilih mana-mana CD yang difikirkan sesuai dengan tahap pengetahuan dan kemahiran yang sudah dimilikinya. Para peserta yang sedang dan telah mengikuti program ini berpeluang untuk mengemukakan kemusykilan seni lukis melalui http://grou.ps/belajarmelukis.
Pak Abu (Tutor)
(1) Belajar melukis secara akadamis walaupun sudah berbakat. Ini bertujuan untuk menajamkan disiplin melukis supaya karya mampu berdiri sebagai karya berkualiti, tidak rapuh apabila dikririk. Belajar secara akademis tidak semestinya masuk universiti. Cukup dengan menghadiri kursus pendek, bengkel, membaca dan belajar dengan orang berpengalaman dan arif dalam bidang ini.
(2) Cuba sering bergaul dengan artis berpengalaman terutama artis profesional.
(3) Senantiasa menyertai pameran-pameran dan pertandingan-pertandingan melukis kerana kejayaan dan kemenangan merupakan pengiktirafan kepada mutu kerja atau karya.
(4) Sertai sebagai ahli persatuan-persatuan seni lukis yang berprestij kerana persatuan berprestij biasanya rapat dengan pihak-pihak tertentu. Ini akan membuka peluang pendedahan kepada masyarakat elit yang selalunya sanggup membeli sesuatu karya dengan harga yang tinggi.
(5) Cuba dampingi galeri-galeri dan berpameran di galeri-galeri swasta kerana galeri swasta mempunyai hubungan rapat dengan kolektor-kolektor (pembeli lukisan).
(6) Guna bahan dan alat melukis yang bermutu kerana mutu alat dan bahan akan menyerlahkan lagi mutu karya.
(7) Komited dengan bidang ini dengan sering berkarya tanpa berhenti. Praktis tanpa henti akan meningkat mutu kerja atau hasil karya.
(8) Mengikuti perkembangan teknologi samasa seperti memiliki laman web sendiri untuk mempromosi hasil-hasil karya supaya diketahui dan dikenali umum.
(9) Menjadikan kerja melukis sebagai satu bisnes yang mendatangkan hasil dan pendapatan.
(10) Memiliki studio sendiri studio akan memeberi keselesaan kerja yang akan meningkatkan mutu kerja.

